Sunday 18 March 2012

s0k sek perempuan sekarang~

dilema se0rang perempuan biler terdengar kate2 0rg terutamenye lelaki..uh!!!
  • mata sepet lawa.
  • mata bulat lawa.
  • kurus cantik.
  • badan berisi lagi best.sedap peluk katanya.
  • bibir mungil macam angelina c0li seksi..
  • bibir nipis lagi lawa...
  • perempuan tinggi seksi.
  • perempuan kecik m0lek c0mel.
ahhh~ peduliq lerh 0rang nak ckp aper p0n pasal wajah k0rang...

  k0r0ng h0d0h biler k0rang ckp muke k0rang x cantik..,kalaw k0rang set an lam minda k0 yg k0 TAK CANTIK..,s0 segale habit k0,style k0 still tetap jd h0d0h..,kalaw lerh hari2 ngadap d0k muke cermin terpikir2 kenape rupe sendri x cantik make pmikiran k0 seben0rnye x d0r0ng k0 untuk jd lebih cantik..,uhh!!

  s0 kalaw k0 nak still cantik,tepek2 lah segale tepung 0r bedak yg ade kat muke k0rg tuh 0key~ s0 mulai hari nie k0 pandang cermin pastue imaginekan wajah k0 yg baru jd c0mel + cute + cantik..,tiap2 hari k0rang msty bygkan bru c00l nameyer terase diri k0 memg cantik seben0yer..,matlamat seben0yer k0rg mesty bersyukur dgn ape yg diberi..,semua 0rg ader kelebihan dgn kekurangan masing2..,k0rang cume perlu ader sikap CONFIDENT! itu sudh cukup dah..=)
 






n0ta untuk suami ku..:

PER : bila i nak dapat hamster 0r turtle???

berhubung perkara di atas satu n0ta untuk suamiku.., Hary Ansah sila ambil perhatian & save n0ta ini dari isterimu dalam kepala mu itu...bile kamu nak lie binatang2 nie hamster gan turtle...,x sab0r dah taw~

dengan ini, saye bg beberape point kenape saye perlukan binatang2 tersebut sebab d0rang c0mel + cute..:
  • untuk jadikan teman saye
  • saye ses0rang kat uma
  • saye nak main2 gan binatang2 tersebut
  • saye nak namekan binatang2 tersebut
  • saye nak bg mkn kat binatang2 tersebut
harap suami ku ambil tindakan dengan segera..

kn c0mel nie...,uh~~


kn cute nie...,huh~~

yang benar...,
isterimu....


Thursday 15 March 2012

BCR Kontest 2# | How I Met BCR

assalamualaikum..BCR


p/s : mintak-mintak kOrang suke dgn cerita aq nie..


 Once upon a time..,awal bulan 3 aq terpikir nak membina satu papan BlOG untuk aq sebab kenape sebab aq tgOk kekawan aq yg lain semuenye ade BlOg..,terutame aunty aq.. aisyah daud .., dengan sepantas kilat aq meminta kebenaran dari suami ku untuk buat BlOg dan terus menfOllOw aunty ku..., sebenarnye tujuan aq buat BlOg nie untuk melihat resepi2 masakan..,secOnd fOllOw aq try resepi Cik Tom ... hehe..,  maklumlah belajar memasak untuk jdikan perOt suami ku buncit~ errgh..."alhamdullilah.." kate suami ku selepas mkn masakan aq..

 Kemudian, bermulanye aq menerjah "BlOggers Chat Room" nie melalui.., melalui...,melalui..., urmmmphh aq x baper ingat la..., aq nie jenis suke tgOk2 blOg Org.., yang aq ingat blOg waner pink + itam... pastue tenampak chat room nie cutez Giler ahh~ sebab icOn-iC0n nyer menarik perhatian haty aq untuk juin chat room nie..dgn tanpa segan silu nyer terOs aq memohon,memujuk rayu at emel untuk juin chat room nie...haha~


 
 Akhirnya dpt jugak, aq daftarkan diri dengan nick name aq rara**..., ade yang menegOr ade yg x... dan ade jgk yg pelik tengOk nick name aq..., naper ade ** ader kesilapan ker??? tOink2..., jwapan nyer sebab aq suke sgat bintang..., biler bintang tengOk aq.., bintang mesty tgOk family aq gan kekawan aq terutama nyer kekawan baru BCR yg sudi melayan kerenah2 aq tat BCR..., cth :- *****
  • red
  • The Killers
  • ungu
  • Yuu Hidayu
  • beauty lOver
  • gemOk
  • kak mOOn
  • The Crow
  • zack
 Untuk pengetahuan kOrang..., pengasas BCR nie aq pon kurang pasty..., siape yer sebenOrnye..?? yg aq taw red.., kompem beTOl kan...,hehe.. aq still baru lg...belum tahu sejarah silam,selOk belok BCR.., hOpe korang ajar atawpOn tegOr salah silap aq sekiranyer aq der wat silap uwkeyyh~~ sampai sini ajer yg aq pat kOngsikan..., aq cume nak kOrg taw yg .... "i'm newbie in BCR..." urghhh~~ tesalah info upe2 yer... pengasas sebenoYER jejake terhangat n fariqscorpio..., huahaha red2.., xpasal2 jadi pengasas Bcr!!

lastly, aq tag 2 Org kawanku untuk Juin Contest BCR nie...:

Tuesday 13 March 2012

اَلـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ

to : my Dear Hary Ansah

  • I will cook.
  • I will clean.
  • I will shop.
  • I will be the best housewife, ever, insyaAllah.
  • I will dress up for you.
  • I will maintain my appearance for you.
  • I will make sure to be the best wife I can be, insyaAllah.
  • I will have as many children as you want. 
  • I will raise your children to be the best they can be.
  • I will be the best mother, insyaAllah.

    As long as you promise me one thing,love me always...

Sunday 11 March 2012

Cemburu Tue Tandanye Sayang

     Definisi cemburu ialah kurang percaya, iri haty ataw syak wasangka, 0r curiga terhadap 0rang lain…. Urm…,betul ker cemburu tanda sayang??? Kerana terlalu kasih lahirlah satu rasa yang meluap di dada, bergetar bila tersentuh, mula membuak rasa haty, mula rasa tak puas haty, mula hilang rasa percaya, itue sume sudah menjadi adat manusia yang semulajadi sudah tercipta dalam setiap watak sese0rang dan harus pandai mengawalnya~~ sayang biar berpada, benci juga sama… Aku pernah cemburu…, sakit aty biler cemburu.., bile sendiri teringat kisah lampaw yang pernah buat aku cemburu…rase cam nak bakar-bakar jer 0rang tue.hahaha,baru puas aty aku~ tapi bile pikir2, x el0k,Mcm membazir mase jer nak kenekan 0rg len tok puaskan aty sndri.. s0 aku f0llow cara t0k atasi cemburu bute nie..
  • Kenal pasty?? Kenal pasty punce l0rh…yg wat k0rang cemburu, nilai hubungan k0rang sebelum2 nie.., tayer at diri sendiri ape yang salah n ape yang betul,,,piker yea~hehe…baru la k0rang aser perlu ke k0rang cemburu? Memang la cemburu penting dlm sesuatu hubungan, tp law x dijage habislah..musnah,hancur,putus sudah hubungan k0rang bersame si die..,s0 x m0w ingat kisah lampaw bab tue akan mempengaruhi perasaan cemburu k0rang..
  • Cube faham situasi,k0rang jgn lihat situasi dari pandangan k0rang ajer..,k0rang kene 0pen minded..,k0rang try ganty diri k0rang at tempat pasangan dan try pahami bagaimana die lihat situasi itue…,ini akan membuatkan k0rang wat keputusn yg tepat agar x cemburu melulu..
  • Focus,jgn piker yang bukan-bukan bab bahaye nanty k0rang akan lakukan perkare yang negative..,sangat bahaye tawk0rang perlu bertenang tuk lihat situasi itue reality ataw perasaan semate-mate..,betul ker benar-benar yg berlaku 0r hanye imaginasi saje?? Juz focus pat bantu k0rang dari wat andaian yang bukan-bukan terhadap pasangan.
  •  Perbincangan,bincang adalah cara yg paling terbaik law k0rang der rase cemburu..,x lar k0rang serang dengan tetibe kan?? Bincang dengan minda yg terbuka insyaallah, k0rang luahkan ape yg tersurat, tersirat lam aty k0rang tue pasal ape yg k0rang cemburu sangat kat pasangan memasing... kompem masalah cemburu k0rang pat diselesaikan…
  •  Piker p0sitif,law k0rng piker p0sitif kompem masalah nie x berlaku.., paling penting k0rang jgn salah gunekan kepercayaan yang diberi 0leh pasangan…gunakan lah kepercayaan sebaik mungkin.~~I’m lovin it===

watchinG m0vie"j0hn carter" with harY...

mlm 9 ribulan aku g n0nt0n m0vie gan hary,al0ng n kak puyex..at TGV cinemA Tiram T0day..,mule-mule citer nie wat aku nant0k..p lastly byk aksi-aksi yng membuat an mate aku celik jerkh...,hehe..besh~~salud m0vie nie..baek puyer!! tanks t0k my husbend cuz blanje n0nt0n wayang...wee~:,)

Friday 2 March 2012

Oil Additives


Minyak Aditif
Suhu enjin yang tinggi bercampur dengan kelembapan (hasil sampingan pembakaran termasuk petrol yang tidak terbakar), karat, hakisan, zarah geseran enjin dan oksigen menghasilkan enapan dan varnis. Penggunaan bahan tambahan/aditif membantu minyak dalam mengekalkan pelinciran yang baik, membantu mengurangkan enapan tercemar dan varnis, serta apa-apa kerosakan daripada hasil pembakaran tersebut. Bahan aditif juga diguna bagi mengekalkan prestasi minyak.
Ini antara bahan tambahan utama dan mengapa ia penting :
1.    Viscosity Index Improvers : Mengurangkan kecenderungan minyak menipis apabila suhu meningkat.

2.    Detergents : Bukan seperti sabun dirumah. Ia menghapuskan beberapa deposit, terutamanya pepejal. Tujuan utamanya adalah untuk menjaga kebersihan permukaan dengan menghalang pembentukan deposit suhu tinggi, karat dan hakisan.

 
3.    Dispersants: Pengurai zarah pepejal yang berfungsi untuk mengurangkan pembentukan enapcemar, varnis dan asid.

 
4.    Antiwear Agents: Ada masanya lapisan minyak akan rosak, jadi ejen antiwear ini akan melindungi permukaan logam. Ianya sebatian zink dan fosforus yang dipanggil ZDDP(dithiophosphate diakyl zink) yang telah lama digunakan, bersama-sama dengan sebatian fosforus (dan sulfur).

 
5.    Friction Modifiers : Ini tidak sama seperti agen antiwear. Ia mengurangkan geseran enjin, jadi boleh meningkatkan ekonomi bahan api. Terdiri daripada Grafit, Molibdenum dan lain-lain sebatian.

6.    Pour-point depressants : Pada (0 ° F), kelikatan rendah tidak bermakna minyak akan mengalir dengan mudah pada suhu yang rendah. Minyak mengandungi zarah lilin yang boleh membeku dan mengurangkan aliran, jadi bahan tambah ini digunakan untuk menghalang ia membeku.

7.    Antioxidants : Untuk melepasi piawaian suhu enjin, antioksidan diperlukan bagi mencegah pengoksidaan minyak. Merupakan bahan tambah yang juga mempunyai fungsi lain seperti ejen antiwear.

8.    Foam inhibitors : Apabila crankshaft berputar melalui minyak dalam oil pan,ia menghasilkan buih. Buih minyak tidak berkesan seperti pelincir, jadi inhibitor digunakan untuk menhilangkan buih.

9.    Rust/Corrosion Inhibitors : Melindungi bahagian logam dari asid dan lembapan.

Lebih Banyak Tidak Bermakna Lebih Baik
Tidak semestinya menambah minyak dengan bahan tambahan menjadi lebih baik. Malah,korang boleh memburukkan lagi keadaan. Sebagai contoh, sebatian sulfur mempunyai ciri-ciri antioxidation antiwear, tetapi boleh mengurangkan penjimatan bahan api dan menjejaskan operasi
Catalytic Converter. Terlalu banyak detergen tertentu boleh menjejaskan keseimbangan antiwear. Terlalu banyak dispersant tertentu boleh memberi kesan kepada prestasi pemangkin dan mengurangkan ekonomi bahan api. Antiwear dan bahan tambah pengurang geseran mungkin juga mempunyai bahan-bahan(seperti sulfur) yang boleh menjejaskan prestasi pemangkin.

Viscosity Indexs


Viscosity Indexs (Indexs Kelikatan)
Ini merujuk kepada rintangan minyak terhadap penipisan apabila suhu bertambah. Dan nombor selepas w yang lebih tinggi adalah lebih baik. Minyak yang telah diuji mestilah mampu bertahan selama beribu-ribu kilometer sehingga penukaran minyak berikutnya. Sebagai contoh,kebiasaanya minyak akan mudah berubah kelikatannnya di permukaan logam dibahagian-bahagian yang bergerak seperti bearing. Jadi minyak yang mempunyai Indexs kelikatan yang tinggi lebih baik dalam melancarkan gerakan enjin.
Minyak enjin biasanya dikategorikan dalam lima kumpulan, setiap satu dihasilkan dengan cara yang berbeza dan kelikatan yang berbeza. Kumpulan-kumpulan yang lebih mahal dihasilkan dengan proses yang lebih tinggi, dengan kaedah-kaedah tertentu. Yang menghasilkan minyak pelincir yang boleh diklasifikasikan sebagai sintetik. Sintetik penuh yang kononnya mengandungi bahan kimia yang boleh diperolehi daripada petroleum, tetapi ia diubah begitu banyak sehingga tidak dianggap sebagai minyak semulajadi lagi. Minyak campuran seperti ini biasanya mengandungi 10 % Polyalphaolefins (Pao), sejenis bahan kimia yang biasanya menjadi bahan utama dalam sintetik penuh.
Minyak asas biasanya dibentuk dari 70-95 % campuran minyak, dan yang lainnya ialah bahan additif. Tidak semestinya 70 % campuran minyak asas lebih baik dari 95 % dan sebaliknya. Kerana beberapa minyak asas mempunyai ciri-ciri semulajadi dan juga cara pemprosesannya. Dan walaupun sesetengah aditif penting untuk pelinciran minyak, tidak semestinya mempunyai daya pelinciran yang bagus. Bahan-bahan additif juga berbeza dalam banyak faktor dan yang penting ialah formula kombinasi minyak asas tersebut. Pengeluar minyak juga mempunyai target dalam penghasilan minyak mereka untuk menghasilkan minyak yang berbeza untuk kategori yang berbeza mengikut spesifikasi pelanggan mereka (pengeluar/pengguna kereta).
Kesimpulannya, minyak yang dapat mengekalkan kelikatan dari menurun dengan cepat adalah lebih baik. Tetapi memilih minyak yang terlalu likat juga perlu diambil kira kerana faktor penggunaan tenaga berlebihan & penggunaan bahan api.

Panduan Memilih Minyak Enjin Kereta..!!!


Ada sesetengah pengguna sebenarnya tak tahu macam mana nak pilih minyak enjin. Mereka cuma hantar kereta di pusat servis dan biarkan technician SC yang uruskan. Ada yang pergi kedai spare part,tanya apek tu “b0s,minyak itam 1.!!”. Tanpa mengetahui mengapa kita diberi minyak tersebut. Mudah kan? Tapi sebenarnya apa yang korang tahu pasal minyak yang korang pakai? Ni sedikit tips/cara nak pilih minyak enjin -

1.      Cari simbol pecahan yang menunjukkan bahawa minyak tersebut telah diuji dan memenuhi standard American Petroleum Institute (API). Di samping itu, terdapat 2 penilaian pada bekas minyak enjin. Perkhidmatan Standard API – Samada SL/SM/SN. ”SN” merupakan piawaian yang terbaru dalam standard API. (SN) ni sebenarnya merujuk kepada sekumpulan ujian makmal enjin, termasuk siri terbaru untuk kawalan deposit suhu tinggi.

2.      Pilih kelikatan (ketebalan) yang sesuai untuk suhu kenderaan korang.(cek manual book kereta korang).

Tapi sebenarnya tidak cukup dengan tu,banyak lagi info yang perlu kita tahu. Di atas ni adalah label yang korang akan dapati di setiap bekas minyak enjin bereputasi. Sebagai contoh : Donut API di sebelah kanan atas memberitahu korang jika minyak memenuhi perkhidmatan standard semasa SN (C bagi enjin diesel). Ia juga menunjukkan nombor SAE (Persatuan Jurutera Automotif) kelikatan menunjukkan minyak tersebut telah lulus ujian Resource Conserving. Simbol pecahan di sebelah kiri atas pula menunjukkan bahawa minyak tersebut telah lulus ujian yang disenaraikan oleh API untuk enjin petroleum.

Penting ke minyak untuk enjin?
Tanpa minyak untuk melincirkan dan menyejukkan bahagian yang bergerak, memastikan kebersihan dan membantu gerakan piston dalam silinder,enjin hanya boleh beroperasi beberapa saat sahaja. So? Ye, minyak enjin adalah penting!!
Minyak adalah sangat penting & sudah tentu ramai yang inginkan kualiti dengan harga yang murah.Jadi pilihlah minyak yang menepati piawaian & pilih yang sesuai untuk cara pemanduan korang.

Viscosity
Kelikatan (rintangan bendalir mengalir) diukur pada suhu 0° F yang diwakili oleh nombor sebelum "W" (Winter) dan pada suhu 212° F ,untuk nombor selepas W (Ini adalah piawaian antarabangsa). Oleh itu, minyak 10W-30 mempunyai kelikatan yang kurang apabila sejuk dan panas daripada 20W-50. Minyak enjin menipis kerana ia panas dan pekat apabila ia menyejuk. Semakin tinggi nilai nombor selepas W,minyak tersebut lebih tahan kelikatannya. Sebagai contoh ,10w40 adalah lebih baik dari10w30 & 20w50 lebih baik dari 15w40.
Pada takat akhir suhu rendah, minyak perlu tahan dari menjadi terlalu likat supaya ia mengalir dengan lebih mudah pada semua bahagian-bahagian yang bergerak di dalam enjin korang. Juga, jika minyak terlalu likat,enjin memerlukan lebih banyak tenaga untuk menghidupkan crankshaft, yang sebahagiannya tenggelam dalam takungan minyak. Ketebalan yang berlebihan boleh membuatkan lebih sukar untuk memulakan enjin, yang mengurangkan ekonomi bahan api. Minyak 5W biasanya apa yang disyorkan untuk kegunaan musim sejuk. Walau bagaimanapun, minyak sintetik boleh diadun untuk mengalir dengan lebih mudah apabila sejuk, jadi minyak synthetic boleh lulus ujian yang memenuhi standard 0W.

Bila enjin beroperasi, minyak menjadi panas. Nombor kedua dalam kedudukan kelikatan - sebagai contoh "40" pada 10W-40 menunjukkan bahawa minyak akan kekal likat pada suhu yang tinggi berbanding dengan nombor yang lebih rendah,contoh - "30" pada 10W-30. Apa yang benar-benar penting ialah korang menggunakan kelikatan minyak yang disarankan didalam “manual owner bookkorang.
Kenapa ada terlalu banyak jenis minyak di pasaran?
Tengok rak kat kedai-kedai auto/spare part dan korang akan melihat minyak yang dilabelkan untuk semua jenis tujuan tertentu. Contohnya : Enjin berteknologi tinggi, kereta baru, perbatuan yang lebih tinggi, SUV dan Heavy-duty/off-road. Korang akan nampak pelbagai pilihan kelikatan. Jika korang baca manual book korang, korang akan tahu apa yang pengeluar kereta korang sarankan untuk kenderaan yang baru. Korang boleh melihat terdapat minyak dalam kelas Energy Conserving, yang bermaksud minyak tersebut telah lulus ujian makmal. Dan yang terbaru dalam piawaian ialah Resources Conserving. Klasifikasi ini tidak semestinya menjamin penjimatan bahan api,tetapi pengeluar-pengeluar minyak terkemuka biasanya mempunyai beberapa label khas untuk keluaran mereka sebagai kelebihan.
Ni beberapa jenis minyak :
Premium Conventional Oil :
Ini adalah standard minyak untuk kereta baru. Pengeluar kereta biasanya menentukan minyak 5W-20 atau 5W-30, terutamanya untuk suhu yang lebih rendah, dengan minyak 10W-30 sebagai pilihan, terutamanya untuk suhu ambien yang lebih tinggi. Ketiga-tiga penilaian ini meliputi hampir setiap kenderaan ringan di jalan raya. Yang lebih penting,tukar minyak dan penapis minyak dengan kerap. 5000KM / 4 bulan sekali adalah lebih baik. Paling minimum sebenarnya adalah dua kali setahun. Terdapat sesetengah kereta baru sekarang mempunyai penunjuk elektronik minyak. Jadi pastikan perubahannya tidak melebihi amaran.
Full Synthetic Oil :
Minyak yang dibuat untuk enjin berteknologi tinggi. Chevy atau Mercedes-Benz menggunakan sintetik penuh. Jika minyak ini lulus ujian khas yang ketat,yang ditunjukkan oleh perlabelan mereka (Rujuk pada laman API) bermakna mereka mempunyai prestasi yang unggul & tahan lama dalam semua bidang kritikal dari indeks kelikatan. Ia mempunyai aliran yang lebih baik pada suhu yang rendah dan dapat mengekalkan daya pelinciran pada suhu yang tinggi. Tetapi kenapa tidak semua orang menggunakan minyak ini? Jawapan : Minyak ini mahal dan bukan menjadi keperluan bagi enjin mereka. Mungkin terdapat beberapa ciri yang enjin kereta korang perlukan tetapi tidak ada pada minyak sintetik. Sekali lagi,ikut la manual kereta korang.
Synthetic Blend Oil :
Ini minyak yang mempunyai dos minyak sintetik yang dicampurkan dengan minyak organik, dan secara keseluruhannya dirumus untuk memberi perlindungan untuk beban yang agak berat dan suhu yang tinggi. Secara amnya,minyak ini agak lambat meruap,jadi kehilangan minyak dapat dikurangkan (menjadikan penjimatan bahan api yang lebih efisen). Minyak ini popular di kalangan pengguna trak pickup / SUV / MPV yang inginkan perlindungan kerana angkutan beban yang berat. Dalam perbandingan harga juga,minyak ini jauh lebih murah dari fully synthetic & hanya lebih beberapa ringgit dari minyak konvesional premium.
Higher Mileage Oil :
Kenderaan hari ini tahan lebih lama, dan jika korang menggunakan kereta pada mileage yang sangat tinggi, korang ada satu lagi pilihan minyak yang dirumus khas. Hampir 2/3 kenderaan sekarang mempunyai mileage yang melebihi 250,000 KM pada odometer. Jadi penyelidik minyak telah mengenal pasti bahawa ini menjadi satu kepentingan kepada pelanggan & mengeluarkan minyak ramuan khas untuk pengguna kenderaan high mileage. Apabila kereta korang telah agak berusia, berkemungkinan korang akan nampak titisan minyak hitam dari kereta korang. Ini menunjukkan korang perlu topup minyak enjin lebih dari kereta baru. Crankshaft seal mungkin dah keras, hilang fleksibiliti dan akan bocor (biasanya pada suhu rendah) dan berisiko retak. Minyak High Mileage ini telah direka dengan formula bahan perapi yang mengalir ke liang-liang bocor bagi mengembalikan bentuk dan meningkatkan fleksibiliti. Minyak ini juga mungkin mempunyai dos bahan tambahan antiwear yang lebih tinggi untuk memanjangkan hayat penggunaan.