Friday, 2 March 2012

Oil Additives


Minyak Aditif
Suhu enjin yang tinggi bercampur dengan kelembapan (hasil sampingan pembakaran termasuk petrol yang tidak terbakar), karat, hakisan, zarah geseran enjin dan oksigen menghasilkan enapan dan varnis. Penggunaan bahan tambahan/aditif membantu minyak dalam mengekalkan pelinciran yang baik, membantu mengurangkan enapan tercemar dan varnis, serta apa-apa kerosakan daripada hasil pembakaran tersebut. Bahan aditif juga diguna bagi mengekalkan prestasi minyak.
Ini antara bahan tambahan utama dan mengapa ia penting :
1.    Viscosity Index Improvers : Mengurangkan kecenderungan minyak menipis apabila suhu meningkat.

2.    Detergents : Bukan seperti sabun dirumah. Ia menghapuskan beberapa deposit, terutamanya pepejal. Tujuan utamanya adalah untuk menjaga kebersihan permukaan dengan menghalang pembentukan deposit suhu tinggi, karat dan hakisan.

 
3.    Dispersants: Pengurai zarah pepejal yang berfungsi untuk mengurangkan pembentukan enapcemar, varnis dan asid.

 
4.    Antiwear Agents: Ada masanya lapisan minyak akan rosak, jadi ejen antiwear ini akan melindungi permukaan logam. Ianya sebatian zink dan fosforus yang dipanggil ZDDP(dithiophosphate diakyl zink) yang telah lama digunakan, bersama-sama dengan sebatian fosforus (dan sulfur).

 
5.    Friction Modifiers : Ini tidak sama seperti agen antiwear. Ia mengurangkan geseran enjin, jadi boleh meningkatkan ekonomi bahan api. Terdiri daripada Grafit, Molibdenum dan lain-lain sebatian.

6.    Pour-point depressants : Pada (0 ° F), kelikatan rendah tidak bermakna minyak akan mengalir dengan mudah pada suhu yang rendah. Minyak mengandungi zarah lilin yang boleh membeku dan mengurangkan aliran, jadi bahan tambah ini digunakan untuk menghalang ia membeku.

7.    Antioxidants : Untuk melepasi piawaian suhu enjin, antioksidan diperlukan bagi mencegah pengoksidaan minyak. Merupakan bahan tambah yang juga mempunyai fungsi lain seperti ejen antiwear.

8.    Foam inhibitors : Apabila crankshaft berputar melalui minyak dalam oil pan,ia menghasilkan buih. Buih minyak tidak berkesan seperti pelincir, jadi inhibitor digunakan untuk menhilangkan buih.

9.    Rust/Corrosion Inhibitors : Melindungi bahagian logam dari asid dan lembapan.

Lebih Banyak Tidak Bermakna Lebih Baik
Tidak semestinya menambah minyak dengan bahan tambahan menjadi lebih baik. Malah,korang boleh memburukkan lagi keadaan. Sebagai contoh, sebatian sulfur mempunyai ciri-ciri antioxidation antiwear, tetapi boleh mengurangkan penjimatan bahan api dan menjejaskan operasi
Catalytic Converter. Terlalu banyak detergen tertentu boleh menjejaskan keseimbangan antiwear. Terlalu banyak dispersant tertentu boleh memberi kesan kepada prestasi pemangkin dan mengurangkan ekonomi bahan api. Antiwear dan bahan tambah pengurang geseran mungkin juga mempunyai bahan-bahan(seperti sulfur) yang boleh menjejaskan prestasi pemangkin.

Viscosity Indexs


Viscosity Indexs (Indexs Kelikatan)
Ini merujuk kepada rintangan minyak terhadap penipisan apabila suhu bertambah. Dan nombor selepas w yang lebih tinggi adalah lebih baik. Minyak yang telah diuji mestilah mampu bertahan selama beribu-ribu kilometer sehingga penukaran minyak berikutnya. Sebagai contoh,kebiasaanya minyak akan mudah berubah kelikatannnya di permukaan logam dibahagian-bahagian yang bergerak seperti bearing. Jadi minyak yang mempunyai Indexs kelikatan yang tinggi lebih baik dalam melancarkan gerakan enjin.
Minyak enjin biasanya dikategorikan dalam lima kumpulan, setiap satu dihasilkan dengan cara yang berbeza dan kelikatan yang berbeza. Kumpulan-kumpulan yang lebih mahal dihasilkan dengan proses yang lebih tinggi, dengan kaedah-kaedah tertentu. Yang menghasilkan minyak pelincir yang boleh diklasifikasikan sebagai sintetik. Sintetik penuh yang kononnya mengandungi bahan kimia yang boleh diperolehi daripada petroleum, tetapi ia diubah begitu banyak sehingga tidak dianggap sebagai minyak semulajadi lagi. Minyak campuran seperti ini biasanya mengandungi 10 % Polyalphaolefins (Pao), sejenis bahan kimia yang biasanya menjadi bahan utama dalam sintetik penuh.
Minyak asas biasanya dibentuk dari 70-95 % campuran minyak, dan yang lainnya ialah bahan additif. Tidak semestinya 70 % campuran minyak asas lebih baik dari 95 % dan sebaliknya. Kerana beberapa minyak asas mempunyai ciri-ciri semulajadi dan juga cara pemprosesannya. Dan walaupun sesetengah aditif penting untuk pelinciran minyak, tidak semestinya mempunyai daya pelinciran yang bagus. Bahan-bahan additif juga berbeza dalam banyak faktor dan yang penting ialah formula kombinasi minyak asas tersebut. Pengeluar minyak juga mempunyai target dalam penghasilan minyak mereka untuk menghasilkan minyak yang berbeza untuk kategori yang berbeza mengikut spesifikasi pelanggan mereka (pengeluar/pengguna kereta).
Kesimpulannya, minyak yang dapat mengekalkan kelikatan dari menurun dengan cepat adalah lebih baik. Tetapi memilih minyak yang terlalu likat juga perlu diambil kira kerana faktor penggunaan tenaga berlebihan & penggunaan bahan api.

Panduan Memilih Minyak Enjin Kereta..!!!


Ada sesetengah pengguna sebenarnya tak tahu macam mana nak pilih minyak enjin. Mereka cuma hantar kereta di pusat servis dan biarkan technician SC yang uruskan. Ada yang pergi kedai spare part,tanya apek tu “b0s,minyak itam 1.!!”. Tanpa mengetahui mengapa kita diberi minyak tersebut. Mudah kan? Tapi sebenarnya apa yang korang tahu pasal minyak yang korang pakai? Ni sedikit tips/cara nak pilih minyak enjin -

1.      Cari simbol pecahan yang menunjukkan bahawa minyak tersebut telah diuji dan memenuhi standard American Petroleum Institute (API). Di samping itu, terdapat 2 penilaian pada bekas minyak enjin. Perkhidmatan Standard API – Samada SL/SM/SN. ”SN” merupakan piawaian yang terbaru dalam standard API. (SN) ni sebenarnya merujuk kepada sekumpulan ujian makmal enjin, termasuk siri terbaru untuk kawalan deposit suhu tinggi.

2.      Pilih kelikatan (ketebalan) yang sesuai untuk suhu kenderaan korang.(cek manual book kereta korang).

Tapi sebenarnya tidak cukup dengan tu,banyak lagi info yang perlu kita tahu. Di atas ni adalah label yang korang akan dapati di setiap bekas minyak enjin bereputasi. Sebagai contoh : Donut API di sebelah kanan atas memberitahu korang jika minyak memenuhi perkhidmatan standard semasa SN (C bagi enjin diesel). Ia juga menunjukkan nombor SAE (Persatuan Jurutera Automotif) kelikatan menunjukkan minyak tersebut telah lulus ujian Resource Conserving. Simbol pecahan di sebelah kiri atas pula menunjukkan bahawa minyak tersebut telah lulus ujian yang disenaraikan oleh API untuk enjin petroleum.

Penting ke minyak untuk enjin?
Tanpa minyak untuk melincirkan dan menyejukkan bahagian yang bergerak, memastikan kebersihan dan membantu gerakan piston dalam silinder,enjin hanya boleh beroperasi beberapa saat sahaja. So? Ye, minyak enjin adalah penting!!
Minyak adalah sangat penting & sudah tentu ramai yang inginkan kualiti dengan harga yang murah.Jadi pilihlah minyak yang menepati piawaian & pilih yang sesuai untuk cara pemanduan korang.

Viscosity
Kelikatan (rintangan bendalir mengalir) diukur pada suhu 0° F yang diwakili oleh nombor sebelum "W" (Winter) dan pada suhu 212° F ,untuk nombor selepas W (Ini adalah piawaian antarabangsa). Oleh itu, minyak 10W-30 mempunyai kelikatan yang kurang apabila sejuk dan panas daripada 20W-50. Minyak enjin menipis kerana ia panas dan pekat apabila ia menyejuk. Semakin tinggi nilai nombor selepas W,minyak tersebut lebih tahan kelikatannya. Sebagai contoh ,10w40 adalah lebih baik dari10w30 & 20w50 lebih baik dari 15w40.
Pada takat akhir suhu rendah, minyak perlu tahan dari menjadi terlalu likat supaya ia mengalir dengan lebih mudah pada semua bahagian-bahagian yang bergerak di dalam enjin korang. Juga, jika minyak terlalu likat,enjin memerlukan lebih banyak tenaga untuk menghidupkan crankshaft, yang sebahagiannya tenggelam dalam takungan minyak. Ketebalan yang berlebihan boleh membuatkan lebih sukar untuk memulakan enjin, yang mengurangkan ekonomi bahan api. Minyak 5W biasanya apa yang disyorkan untuk kegunaan musim sejuk. Walau bagaimanapun, minyak sintetik boleh diadun untuk mengalir dengan lebih mudah apabila sejuk, jadi minyak synthetic boleh lulus ujian yang memenuhi standard 0W.

Bila enjin beroperasi, minyak menjadi panas. Nombor kedua dalam kedudukan kelikatan - sebagai contoh "40" pada 10W-40 menunjukkan bahawa minyak akan kekal likat pada suhu yang tinggi berbanding dengan nombor yang lebih rendah,contoh - "30" pada 10W-30. Apa yang benar-benar penting ialah korang menggunakan kelikatan minyak yang disarankan didalam “manual owner bookkorang.
Kenapa ada terlalu banyak jenis minyak di pasaran?
Tengok rak kat kedai-kedai auto/spare part dan korang akan melihat minyak yang dilabelkan untuk semua jenis tujuan tertentu. Contohnya : Enjin berteknologi tinggi, kereta baru, perbatuan yang lebih tinggi, SUV dan Heavy-duty/off-road. Korang akan nampak pelbagai pilihan kelikatan. Jika korang baca manual book korang, korang akan tahu apa yang pengeluar kereta korang sarankan untuk kenderaan yang baru. Korang boleh melihat terdapat minyak dalam kelas Energy Conserving, yang bermaksud minyak tersebut telah lulus ujian makmal. Dan yang terbaru dalam piawaian ialah Resources Conserving. Klasifikasi ini tidak semestinya menjamin penjimatan bahan api,tetapi pengeluar-pengeluar minyak terkemuka biasanya mempunyai beberapa label khas untuk keluaran mereka sebagai kelebihan.
Ni beberapa jenis minyak :
Premium Conventional Oil :
Ini adalah standard minyak untuk kereta baru. Pengeluar kereta biasanya menentukan minyak 5W-20 atau 5W-30, terutamanya untuk suhu yang lebih rendah, dengan minyak 10W-30 sebagai pilihan, terutamanya untuk suhu ambien yang lebih tinggi. Ketiga-tiga penilaian ini meliputi hampir setiap kenderaan ringan di jalan raya. Yang lebih penting,tukar minyak dan penapis minyak dengan kerap. 5000KM / 4 bulan sekali adalah lebih baik. Paling minimum sebenarnya adalah dua kali setahun. Terdapat sesetengah kereta baru sekarang mempunyai penunjuk elektronik minyak. Jadi pastikan perubahannya tidak melebihi amaran.
Full Synthetic Oil :
Minyak yang dibuat untuk enjin berteknologi tinggi. Chevy atau Mercedes-Benz menggunakan sintetik penuh. Jika minyak ini lulus ujian khas yang ketat,yang ditunjukkan oleh perlabelan mereka (Rujuk pada laman API) bermakna mereka mempunyai prestasi yang unggul & tahan lama dalam semua bidang kritikal dari indeks kelikatan. Ia mempunyai aliran yang lebih baik pada suhu yang rendah dan dapat mengekalkan daya pelinciran pada suhu yang tinggi. Tetapi kenapa tidak semua orang menggunakan minyak ini? Jawapan : Minyak ini mahal dan bukan menjadi keperluan bagi enjin mereka. Mungkin terdapat beberapa ciri yang enjin kereta korang perlukan tetapi tidak ada pada minyak sintetik. Sekali lagi,ikut la manual kereta korang.
Synthetic Blend Oil :
Ini minyak yang mempunyai dos minyak sintetik yang dicampurkan dengan minyak organik, dan secara keseluruhannya dirumus untuk memberi perlindungan untuk beban yang agak berat dan suhu yang tinggi. Secara amnya,minyak ini agak lambat meruap,jadi kehilangan minyak dapat dikurangkan (menjadikan penjimatan bahan api yang lebih efisen). Minyak ini popular di kalangan pengguna trak pickup / SUV / MPV yang inginkan perlindungan kerana angkutan beban yang berat. Dalam perbandingan harga juga,minyak ini jauh lebih murah dari fully synthetic & hanya lebih beberapa ringgit dari minyak konvesional premium.
Higher Mileage Oil :
Kenderaan hari ini tahan lebih lama, dan jika korang menggunakan kereta pada mileage yang sangat tinggi, korang ada satu lagi pilihan minyak yang dirumus khas. Hampir 2/3 kenderaan sekarang mempunyai mileage yang melebihi 250,000 KM pada odometer. Jadi penyelidik minyak telah mengenal pasti bahawa ini menjadi satu kepentingan kepada pelanggan & mengeluarkan minyak ramuan khas untuk pengguna kenderaan high mileage. Apabila kereta korang telah agak berusia, berkemungkinan korang akan nampak titisan minyak hitam dari kereta korang. Ini menunjukkan korang perlu topup minyak enjin lebih dari kereta baru. Crankshaft seal mungkin dah keras, hilang fleksibiliti dan akan bocor (biasanya pada suhu rendah) dan berisiko retak. Minyak High Mileage ini telah direka dengan formula bahan perapi yang mengalir ke liang-liang bocor bagi mengembalikan bentuk dan meningkatkan fleksibiliti. Minyak ini juga mungkin mempunyai dos bahan tambahan antiwear yang lebih tinggi untuk memanjangkan hayat penggunaan.